I Ruang ialah tapak persemaian singgahan para penulis, tunas puisi bercambah tatkala benih kata-kata bertaburan. II Ruang, membolehkan tercetusnya kesinambungan penulisan dan ingatan. III Penulis menyemai ruang dengan perkataan, kandungan maknanya mencabar minda buah ilmunya meresap ke dalam jiwa. IV Kreativiti inspirasi bergantung pada nasib, ruang yang terisi digembur semula oleh penulis demi hasil yang memuaskan. V Syukurlah jika kesenian ini menghiburkan pembaca. Alangkah bahagia jika kesenian ini membantu mengatasi kelaparan saya. Namun, Jika kesenian ini tidak pernah dibaca, orang mungkin mendapati ia tersembunyi di celah-celah ruang, terulang, terpisah dan bergabung dengan titik di hujung. | Entry #34540 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Winner |
I Ruang ialah tapak di mana semua penulis bertemu, dan perkataan-perkataan ditebarkan, bercambah dan memungkinkan sebuah puisi untuk terhasil. II Ruang, bukan untuk mengawal perkataan-perkataan yang akan ditulis dan ingatan untuk dilupakan. III Seorang penulis memenuhi ruang dengan perkataan-perkataan, maksud yang diberikan mencabar si bijak pandai deria yang menjangkiti setiap daripada mereka. IV Sang pengilham adalah seorang badut yang melulu dan tuah dipersalahkan kerana ruang diisi dan dipadam oleh sang penulis dengan kata-kata yang membahagiakan. V Jika hasil seni ini menghiburkan pembaca, maka, bersyukurlah. Jika karya ini menghilangkan rasa lapar, maka puaskanlah diriku. Tetapi, Sekiranya karya ini belum pernah dibaca, seseorang mungkin akan menjumpainya tersorok dalam rekahan, bergema, terbelah, dan bercantum pada titik di penghujung. | Entry #34505 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
|
I Ruang ialah tapak di mana penulis berhimpun, dan benih kata-kata adalah terbatas, agar tunas puisi mungkin bercambah. II Ruang, tiada halangan kata-kata untuk ditulis dan ingatan disimpan. III Seorang penulis memenuhi ruang dengan kata-kata, makna yang diberi mencabar kepintaran luahan rasa menyelubungi diri. IV Muse adalah pelawak yang cuai menyalahkan nasib bagi ruang yang dipenuhi dan dipadam oleh penulis dengan kata-kata menghiburkan. V Jika seni ini menghiburkan pembaca, budi bahasa, sememangnya. Jika seni ini dapat mengenyangkan saya, puaslah saya. Tetapi, Jika seni ini tidak pernah dibaca, seseorang akan menjumpainya tersembunyi di dalam belahan ruang, berkumandang, terpisah, dan bergabung di titik pengakhiran. | Entry #34526 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
|